Wednesday 18 May 2011

salah aku lagi ke??

hey morning peeps.
selamat hari khamis yeah! moga indah.
semalam hari pertama aku ke kelas untuk percutian yang panjang tetiba ada kelas pulakan.. nak buat macam mana budak 'terlebih pandai'.

Hari pertama aku kelas je dah ada surat aku janji dan harus di tandatangani semua student. (since when ada semua benda-benda alah bodoh ni??! macam tadika pulak rasanya~) dah hujung kelas lecturer menempek kat aku! mazleen u better behave in my class ye.. (duhhhhhhh~ macam la aku ni jahat sangatkan? perghh muka ni macam dah di cop baru keluar dari penjara pulak.)
 hari pertama je dah aim aku. hari pertama je dah kasi aku semangat yang betol-betol kuuuusemangat.. macam ne aku tak bosan pergi ke kelas. macam ne aku tak selalu ponteng. lecturer yang amat menjengkel kan! serious, they shouldn't treat student macam tu aku rasa. Seolah-olah macam aku pulak yang selalu buat trouble. Apa dosa aku kat lecturer pun aku tak tau la..
alah dah nasib badan kot.. being a famous student.. PELAJAR CONTOH KANNN???!! (big L -lah)

tapi tak pe. aku tak kan putus semangat kalau di kencam seteruk mana pun. sebab aku tau aku tak penah pun kurang ajar secara lisan di hadapan lectrer pun.. mungkin dorang sayang aku tu...(sambil tangan di bahu mata terangkat ke lagit sikit ye kawan-kawan)

terima je lahhhhh~

aku nak kasi lagu korang dengar tuk pagi ni sebab macam sesuai dengan hidup kita sebagai manusia ni. : P





 
nah layankan aje dari lenka ni. 

Tuesday 17 May 2011

semua tentang K.I.T.A

Hey guys today's entry is about saje suka. haha. well, i dont know apa yang patot aku merapu dalam blog aku kali ni. Tak ada idea. Otak semakin tepu akibat terperap kat rumah selama hari without seeing any human being dan berinteraksi. Adakalanya boleh jadi gila bekata-kata dengan television. hahaha.

Hari ni aku maraton balik cerita Radit dan Jani. (ahaks! its been my favorite cerita cinta) Bila aku nonton terasa sampainya.. sakitnya.. ye terasa.. sebab aku penah alami situasi tu. it's killing me a lot. Aku bukannya seorang peminat seni indonesia tapi aku suka dengan kesenian. Tak kisah la dari negara mana pun seni itu datang. Orang Malaysia kita selalu kata "Sokong la Produk Malaysia" ermm bagi aku kalau sesuatu tu tak berkualiti tak kan kita nak hipokrit? betol? bukan bermakna nak memperkecil-kecil kan barang tempatan mahupun produk hasil negara kita sendiri tapi adakalanya dorang ni mencipta main dannnn jela..

Tapi tak semua la barang malaysia tu "layu" ada juga yang bagusnya. contohnya sekarang ni aku suka tengok drama bersiri Juvana every Monday pukul 9malam di TV3. Atleast ada sesuatu yang baru.. tak la asik dok cerita cintan basi je.. cuma nya cerita Juvana tu kurang menyengat mungkin dorang patot "kuat" lagi..maksudnya dari segi gaya cara gaduh tapi mungkin di sebabkan undang-undang Malaysia kot yang banyak sangat PROTOKOLnya.. ini tak boleh itu tak boleh.. oh sebab kita ada adat dan tatasusila yang tersendiri. jadi kena la menghormatinya. yeke?? hurmm mngkin la kotttt~

Ini baru dalam industri perfileman belum masuk lagi muzik tempatan tapi aku cukup bangga la dengan anak-anak tempatan kita yang berevolusi mengubah cara muzik dorang tu, dah boleh di banggakan sebab mereka juga setanding dengan artis luar negara. cuma mungkin negara kita kecil jadi untuk mengembangkan sayap tu agak payah. Aku ingat lagi masa tu aku melancong ke Amerika 14 tahun dulu. Ada one lady ni tanya. Where are you from? Aku cakap MALAYSIA. then dia tanya lagi..
Where is Malaysia? nah aku pun balas It was beside the Singapore and Indonesia.
Jadi nampak tak bahawa Malaysia ni tak la sebesar mana pun, orang tak kenal pun time tu.. tapi dengan tekad dan kemajuan yang telah di bina oleh mantan Dr. Mahathir kita. Sekarang malaysia antara negara yang disegani di Asia! (huh!Bangganya aku)

Jadi bagi aku tak kisahla kalau kita dah minat seni tu.. asal dari mana-mana negara pun ia tetap sama sahaja. tak ada prajudis terhadap seni tempatan mahupun tidak.. aku cuma bertanya habis kalau seni tu di beza-bezakan mengikut negara sampai bila nak maju? betol? jadi ikut suka hati kita k!ikut gerak hati kita untuk mengikut mana yang kita suka. :)


nah aku tinggalkan radit dan jani part akhir yang aku suka. (ye, ini cerita cinta biasa yang ada kait mengait ngan hidup aku!) selamat nonton guys.

Monday 16 May 2011

.happyly ever after.

hey its Monday again. Kalau semua orang benci Isnin tapi not for me.. aku suka isnin. Isnin hari permulaan bagi aku untuk hidup active! hari permulaan orang mencari rezeki setelah 2 hari bercuti bagi yang cuti sabtu dan ahad. jadi kenapa harus benci isnin? c'mon guys be activate lah! haha.

Pagi ni aku dapat a very good news.. mana taknya best friend aku selama 24 years nak kawen.. (Weeeeee~ aku lak yang terover happy.) sebagai teman rapat beliau aku di pilih tuk jadi pengapit. ok aku rasa ini kali yang ke 3 atau ke 4 aku jadi pengapit.. hahah. (people do believe, kalau kita jadi pengapit kita tak akan kawen.eirk, betol ke?ermm semuanya ketentuan NYA kan..)

Agak teruja bila tahu kawan atau orang paling rapat dengan kita nak khawin. entah bagi aku benda yang baik harus la dipercepat-cepatkan.. tapi secara peribadi aku sendiri jujur aku masih belum nak khawin mahupun bercita-cita nak khawin. Aku tak terpikir pun nak khawin. ye betol.. betol... orang akan cakap kalau kita tak khawin Nabi S.A.W tak kan mengaku umat. hurmm entah ye, aku tak terpikir lagi dan kalau boleh tak nak pikir pun pasal khawin. Eh c'mon i m still 24 year's old. Masih terlalu awal aku nak pikir benda tu.. lagi pun married is not the end of your life kan? banyak benda lagi yang harus di pikir.

Bersediakah kita nak jadi isteri? bersediakah kita nak jalankan hidup berumahtangga. nak ada anak. nak masak untuk laki. wah macam-macam yang bermain dalam kepala otak kalau nak di pikirkan pasal khawin.
Ok, mungkin aku bab jadi mak aku dah boleh kot. sebab yes i am a motherly person. (gelak! gelak la! tapi ini serious i am good in handling children agak tegas tapi masih mempunyai sifat keibuan.. waahhhh~ gitu)

Back to the story, ye saya memilih untuk tidak mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, ini bukan bererti saya tidak mempunyai teman lelaki mahupun bersifat lesbian tapi tah naluri berkhawin tu tak ada lagi dalam kamus hidup. Mungkin fobia. ahhhaaah! FOBIA that's the word. 

Marriage is not easy as what you think, you should really get prepared in it. It a new world that you have to face it! khawin tu bukan setakat majlis keramaian, cantek-cantek, pasang lagu tema perkhawinan,orang gelak-gelak, hantaran mewah. NOPE! is not just on that day.. it was eternity yang berpanjagan selama kau hidup.

Aku tak nak kawen hanya sebulan dua lepas tak serasi kita bercerai. huh?! itu adat zaman sekarang.. memangla tak ada siapa yang nak macam tu.. tapi biasala... tuptup... akhirnya JODOH pulak yang di persalahkan.. macam-macam hal lah!

Jadinya aku pilih untuk tidak memikirkan perkhawinan dalam hidup aku. sekian terima kasih.

Khidmat pesanan ringkas:  To my dearest friends...... Selamat Berkhawin. semoga kalian berbahagia selamanya dan punya zuriat yang solehah dan soleh.. itu doa aku untuk kalian berdua.   

Sunday 15 May 2011

Ada Apa Pada Status?

ok topik petang ni alah2 macam pisang goreng yang sodap di makan kala hujan renyai dicicah pulak dengan teh susu.. perghhhh sedapnya.. (sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan tu semua.. cuma keadaan diri yang agak hypo sejak dari semalam tak makan benda berkhasiat. malas nak masak dan membeli.) hahahah

ok lets get back to the topic shall we? Aku hanya agak kurang senang dengan pemikiran manusia yang agak enting pada zaman sekarang ni. Kebanyakan manusia yang ada di sekeliling aku akan mula bercerita dengan sapa aku keluar date, dengan sapa aku tengok wayang, dengan siapa aku ke sini ke sana kemari.. hellllooooo... common i m not a superstar yang lu orang nak jaga tepi kain. (bukan berperasaan diva tapi ini lah yang terjadi.. kalau tak percaya.. lu orang tengok sendiri diri lu orang mesti ada saja yang nak menyibuk tau STATUS lu orang kan?)

oh pelissss laaa, tak perlu la nak amik tahu pasal tu semua kan? hidup masing-masing dengan sapa aku nak berkawan dengan sapa aku nak bercinta eh terserah dong.. tak bermakna aku sentiasa bersama LELAKI tu makna aku BERCINTA dengan dia kan?  atau tak bermakna aku TAK rapat dengan LELAKI tu bukan bererti dia tu BUKAN KEKASIH aku kan? betol tak? so lantak aku la.. aku nak rapat dengan sesiapa pun.. dengan sapa aku nak kawan.. dengan sapa teman-teman facebook aku.. so its up to me. my life my privacy. so lu jangan la dok tanya-tanya mana pergi nya si polan tu? eh gaduh? eh dah tak bersama? haiskhh yang lu orang sebuk tu pasai pa? ke lu orang nak kat aku sebenarnya ni? huh cuba lah JAWAB! kan tak pasal- pasal aku dah block.

Aiskh manusia macam ni pun ada ye? sibuk betol
~ ANDA SANGAT ANNOYING~

so tak kisah la apa STATUS kita pun kan.. yang penting kita bahagia.

khidmat pesanan akhir: lantak piiiiii lah wehhh!~
 PEACE!

i m still alive

woowww its been long long long time aku tak tulis blog. tapi kalau aku tulis ada ke peminat nak baca? hahah. ok mungkin hanya sekadar luahan hati, pencutusan idea dan pekongsian maklumat. kalau lu org tak nk baca... ye terserah! tak paksa pun keeennnn??. Terlampau banyak dugaan yang aku hadapi dalam tempoh dua bulan ni. ye dugaan yang betol-betol mencabar jiwa aku sebagai manusia. Adakalanya aku memilih mati tuk penyelesaian masalah aku. aku putus asa. aku lemah. setiap hari aku menagis. mungkin aku lemah. aku hanya hamba tuhan yang 'kosong'. sendiri tanpa arah tuju. menanti apa jawapan aku seterusnya. mati atau hidup itu dua pilihan yang aku ada. Aku cuba bangun setiap pagi dan pastikan hari tersebut hari indah yang aku masih ada tapi semuanya sama. kalau boleh aku mahu malam sepanjang hidup aku. jangan biar ia siang sebab aku takut menghadapi dunia. Aku takut hadap teman-teman. Aku takut hadap orang sekeliling aku. Aku takut hadap semua masalah aku.  Aku mula jadi penakut. Aku salahkan tuhan tuk semua ni. mungkin aku gila. Ada waktu, aku sendiri 'hilang' Aku tak percaya tuhan tu ada dengan aku, aku salahkan tuhan sebab tak pernah dengar doa-doa aku sepanjang aku hidup! nah, mungkin tak masuk akal kalau korang sendiri tengok aku.. gembira sentiasa tapi dalam aku mati.  Sekarang aku cuba bangkit. bangun dari jatuh tersungkur ye ada luka parut lama yang masih bernanah tapi aku tahankan sahaja. Mungkin satu hari luka tu boleh sembuh sendiri.mana la tau kan... Aku lupa yang aku masih ada teman-teman yang selalu bagi aku semangat, yang tak penah jemu marah-marah aku. (ok marah tanda sayang kan?). Aku lupa yang aku masih punya bonda yang boleh terima baik buruk aku. kata-kata mama.. : kalau kita gagal sekali tak bermakna kita gagal tuk selamanya. Aku masih punya teman lelaki yang jauh nun disana yang sentisa ada dengan aku walau buruknya aku, sakitnya aku, manja dan gediknya aku. hanya dia je yang sentiasa ada dengan aku.(walaupun kadang-kadang menyakitkan hati! ok no one perfect.) Aku punya gadis ku yang kata.."hey mati tu bukan penyelesaian masalahla.. aku sayang kau. aku sentiasa ada dengan kau." untuk semua manusia di sekeliling aku terima kasih sebab layan aku seperti manusia lain dan for people yang anggap mati tu penyelesaian bagi hidup anda. naaaaaa. its damn not true! life is miracle. banyak benda yang kita tak ta apa akan terjadi selepas ni. so get ready and face it! ini reality bukan dalam cerita kartun yang kau boleh padam2 dan lukis balik semula. Aku cuba bangkit sikit demi sikit, cari balik mana iman ku, mana tuhanku, muhasabah diri. i guess itu yang penting.                   

Monday 4 April 2011

lapuk berabuk

ahhhh sudah lama tidak menulis blog. ok agak sibuk juga. almaklumla pelajar cemerlangkan. (haaakkktuih!) seems like a month aku tak menjengah masuk dalam blog aku. sampai berabuk-rabuk jadinya.. so hari ni kena start bersihkan. hahahah. ermm. so how's your days guys? ada hebat kah?

Wednesday 16 March 2011

.m.i.s.s.

ok kali ni agak mendalam sikit. aku tau semua orang pernah rasa RINDU. mustahil tak ada sorang pun dalam dunia ni tak punya perasaan tu. tak kisahlah rindu kat kekasih hati ke mak ayah ke adik beradik korang ke kucing kat rumah ke.. Eh sapa-sape jela kan..(tak kan pulak aku nak senarai panjang kan semuanya..) erm. selalunya kalau korang rindu apa yang korang buat?? telephone? skype? pesanan ringkas? menyemakkan FB teman2? oh atau mungkin duduk disudut tepi dinding sambil tengok gambar kenangan lama? (eh.. ni mcm contoh terdekat aku ni... : P)

aku pernah tanya seseorang yang aku suka (pada masa dulu laaa)..perbualan selepas putus cintoon: "do u miss me?" dia boleh ckp.. "yes, i miss you..tapi apa boleh buat? leen nk suruh zaff (bukan nama sebenar) buat apa?? zzzzzzssstttt! (ok Stop! cukup sampai situ je perbualannya)

bila dia tanya apa yang dia boleh buat?? hurmm betol jugakan? apa yang dia boleh buat tuk lepaskan rindu aku?? datang pada aku dan cemolot? atau peluk erat-erat sehingga sesak napas? mcm tu ke? dan kalau buat semua tu bebaloi ke? adakah ianya DIJAMIN tak akan rindu lagi lepas tu?? i dont think so.. (aku rasa bertambah berat dosa aku ada la keeeean?????)

hurmmm jadi mulai ari tu aku terus tipu diri aku, aku kuatkan diri dan kata. EH! aku tak kisah la kau tak ada dalam hidup aku!aku tak rindu kau pun! sebb kau pun bukan boleh buat apa-apa pun!! aku padamkan dia sikit-sikit. (i guess ianya berkesan sedikit. selepas mengamal kan cara 'reverse psychology' ni) hahah.


khidmat pesanan akhir : tak payah la kita nk rindu2 ni..buang masa je..apa yang dia dan kita boleh buat?? baik tumpukan masa depan tentukan target dan capainya dengan penuh rasa gembira!!! PEACE!