Wednesday 16 March 2011

.m.i.s.s.

ok kali ni agak mendalam sikit. aku tau semua orang pernah rasa RINDU. mustahil tak ada sorang pun dalam dunia ni tak punya perasaan tu. tak kisahlah rindu kat kekasih hati ke mak ayah ke adik beradik korang ke kucing kat rumah ke.. Eh sapa-sape jela kan..(tak kan pulak aku nak senarai panjang kan semuanya..) erm. selalunya kalau korang rindu apa yang korang buat?? telephone? skype? pesanan ringkas? menyemakkan FB teman2? oh atau mungkin duduk disudut tepi dinding sambil tengok gambar kenangan lama? (eh.. ni mcm contoh terdekat aku ni... : P)

aku pernah tanya seseorang yang aku suka (pada masa dulu laaa)..perbualan selepas putus cintoon: "do u miss me?" dia boleh ckp.. "yes, i miss you..tapi apa boleh buat? leen nk suruh zaff (bukan nama sebenar) buat apa?? zzzzzzssstttt! (ok Stop! cukup sampai situ je perbualannya)

bila dia tanya apa yang dia boleh buat?? hurmm betol jugakan? apa yang dia boleh buat tuk lepaskan rindu aku?? datang pada aku dan cemolot? atau peluk erat-erat sehingga sesak napas? mcm tu ke? dan kalau buat semua tu bebaloi ke? adakah ianya DIJAMIN tak akan rindu lagi lepas tu?? i dont think so.. (aku rasa bertambah berat dosa aku ada la keeeean?????)

hurmmm jadi mulai ari tu aku terus tipu diri aku, aku kuatkan diri dan kata. EH! aku tak kisah la kau tak ada dalam hidup aku!aku tak rindu kau pun! sebb kau pun bukan boleh buat apa-apa pun!! aku padamkan dia sikit-sikit. (i guess ianya berkesan sedikit. selepas mengamal kan cara 'reverse psychology' ni) hahah.


khidmat pesanan akhir : tak payah la kita nk rindu2 ni..buang masa je..apa yang dia dan kita boleh buat?? baik tumpukan masa depan tentukan target dan capainya dengan penuh rasa gembira!!! PEACE!

bencana huru hara!!!!!

soory guys dah lama aku tak buat semak kat blog aku sendiri. agak lama rasanya kot. almaklumla pelajar contoh memang selalu sibuk dengan tugasan-tugasan kerja. sebelum nk membentang tajuk hujah aku hari ini.. aku nak ucapkan TAKZIAH la kepada jiran asian kita JEPUN. memang gempak badai yang dorang kena.lepas satu-satu. kita doakan jela kesejahteraan negara matahari terbit tu keh!! apa-apa pun tuhan tu maha adil dan berkuasa. ini semua ketentuan DIA. so nk salahkan sapa?? hurmm LUorg pikir la sendiri. aku tak nak masuk bab-bab agama ni.. takot di salah erti pula, biasala orang cetik ilmu agama ni tak layak tu berkata-kata. jadi kita renung-renungkan sendiri. apa pun kita doakan yang terbaik tuk JEPUN!

Tuesday 8 March 2011

balada bujang hampa?

Telah terlalu ramai yang dicintai
telah terlalu banyak yang dikasihi
melaksa jumlahnya
setiap jam, minit dan saat
dah tak terkira
meraksa besarnya
gagah, terlalu kuat tak terlawan
kecewa..
ter - ka - ci - wa
dari musim ke musim
aku menampi padi
tak henti-henti
benarkah padi yang kutampi?
"kalau padi katakan padi."
selalu aku menguji diri, bertanyakan siapakah yang sudi?
apa nak buat~
hidung tak mancung
pipi tersorong-sorong.

Sunday 6 March 2011

.selamat malam dunia.

rasa nya ianya malam, maaflah kalau di dunia aku jam 0142 tu dikira malam sebab gelap je..malam juga la manusia ramai yang tidur (tp bukan tuk aku pada hari ini sebab siang, aku dah di habiskan dengan tidur lena siap dibuai mimpi lagi) kali ni aku malas nak menaip panjang. aku hanya nak kongsikan lagu kegemaran aku je. di kala malam2 sunyi macam ni selalunya aku akan membawa diri hanyut dengar2 lagu yang bersifat emosi. (alah standart la kan..aku rasa semua pun macam aku gak.. cuma tak nk mengaku je~) dah la selamat mendengar lagu dari plague of happiness
(ini antara band malaysia yang paling aku suka : P )


nah enjoy the video dengan lirik sekali aku kasi supaya korang boleh la berkarok bersama2. hayati muzik dengan penulisannya sekali ok?! vivala punk!

Saturday 5 March 2011

kata mata hati

ah kacau! pagi2 dah buat hal!jiwa nak memberontak
hati diam la.. jangan nak mengada. jangan nk bersayu.penatla aku nak layan kau ni. duduk dalam diam-diam la. kenapa nk mengamuk pagi2 ni? badan bertahan la. kenapa harus macam ni? mata berhenti la menagis. tak habis lagi ke? tangan kenapa suka pecahkan barang? kan penat tangan nak kemas balik. sudahla.. penat la mazleen nak bertahan macam ni. :(

"biarkan malam berpanjangan jangan pernah kejut aku biar aku tidur sepanjang ahad dan bangkit bila tiba masanya!" 

belajar dan terus belajar

ok agak payah juga nak menguruskan blog sendiri ni . almaklumla dulu time kelas HTML aku amik akak senior punya projek dan aku copy paste jerk.. tak sangka ianya agak berguna di masa hadapan. (tak la kehadapan sangat pun~) hurmm takpela, selagi aku bernyawa aku tak akan behenti belajar dan berkarya. hahaha.saya BOLEH! anda juga pasti BOLEH! hahahahaha.

Friday 4 March 2011

.aku semut merah.

Di mulakan dengan bismillahirahmanirohim dan salam,
maaf la aku agak kekok nk berinteraksi dengan alam maya ni, aku tak la sehebat mana pun..pendek kata aku agak bodoh IT tapi aku cuba untuk belajar.. nabi sendiri pun suruh umatnya untuk belajar sampai ke negera cina kan??. sooooo tak salah untuk mencuba. Btw, terima kasih kepada cik fada yang telah menceriakan sikit blog aku ni. walaupun hanya hitam dan putih dan sedikit warna-warna nature tp aku lebih suka warna tersebut sebab tulah warna asas kehidupan. dan hitam putih jugakla warna yang berpasangan.. orang tak kata merah biru..orang kata hitam putih..

kenapa tisu kertas?
itu hanya sebagai subjective, manusia sekarangkan banyak gunakan tisu kertas sebagai "peneman hidup". bila sedih, mereka mengesat air mata dengan tisu kertas, bila gembira mereka raikan airmata dengan tisu kertas, oh tak lupa jugak.kalau dorang nk ke tandas pun mereka gunakan tisu kertas..walaupun ianya hanya sekadar tisu yang hanya berharga 3posen dan bahan semulajadi yang boleh dikitar semula. jadi nampak tak disini kawan-kawan, betapa penting nya tisu kertas tuk kita semua. jadi aku harap blog ni pun..boleh jadi sebahagian "tisu kertas" korang... terima kasih. : )