Sunday 15 May 2011

i m still alive

woowww its been long long long time aku tak tulis blog. tapi kalau aku tulis ada ke peminat nak baca? hahah. ok mungkin hanya sekadar luahan hati, pencutusan idea dan pekongsian maklumat. kalau lu org tak nk baca... ye terserah! tak paksa pun keeennnn??. Terlampau banyak dugaan yang aku hadapi dalam tempoh dua bulan ni. ye dugaan yang betol-betol mencabar jiwa aku sebagai manusia. Adakalanya aku memilih mati tuk penyelesaian masalah aku. aku putus asa. aku lemah. setiap hari aku menagis. mungkin aku lemah. aku hanya hamba tuhan yang 'kosong'. sendiri tanpa arah tuju. menanti apa jawapan aku seterusnya. mati atau hidup itu dua pilihan yang aku ada. Aku cuba bangun setiap pagi dan pastikan hari tersebut hari indah yang aku masih ada tapi semuanya sama. kalau boleh aku mahu malam sepanjang hidup aku. jangan biar ia siang sebab aku takut menghadapi dunia. Aku takut hadap teman-teman. Aku takut hadap orang sekeliling aku. Aku takut hadap semua masalah aku.  Aku mula jadi penakut. Aku salahkan tuhan tuk semua ni. mungkin aku gila. Ada waktu, aku sendiri 'hilang' Aku tak percaya tuhan tu ada dengan aku, aku salahkan tuhan sebab tak pernah dengar doa-doa aku sepanjang aku hidup! nah, mungkin tak masuk akal kalau korang sendiri tengok aku.. gembira sentiasa tapi dalam aku mati.  Sekarang aku cuba bangkit. bangun dari jatuh tersungkur ye ada luka parut lama yang masih bernanah tapi aku tahankan sahaja. Mungkin satu hari luka tu boleh sembuh sendiri.mana la tau kan... Aku lupa yang aku masih ada teman-teman yang selalu bagi aku semangat, yang tak penah jemu marah-marah aku. (ok marah tanda sayang kan?). Aku lupa yang aku masih punya bonda yang boleh terima baik buruk aku. kata-kata mama.. : kalau kita gagal sekali tak bermakna kita gagal tuk selamanya. Aku masih punya teman lelaki yang jauh nun disana yang sentisa ada dengan aku walau buruknya aku, sakitnya aku, manja dan gediknya aku. hanya dia je yang sentiasa ada dengan aku.(walaupun kadang-kadang menyakitkan hati! ok no one perfect.) Aku punya gadis ku yang kata.."hey mati tu bukan penyelesaian masalahla.. aku sayang kau. aku sentiasa ada dengan kau." untuk semua manusia di sekeliling aku terima kasih sebab layan aku seperti manusia lain dan for people yang anggap mati tu penyelesaian bagi hidup anda. naaaaaa. its damn not true! life is miracle. banyak benda yang kita tak ta apa akan terjadi selepas ni. so get ready and face it! ini reality bukan dalam cerita kartun yang kau boleh padam2 dan lukis balik semula. Aku cuba bangkit sikit demi sikit, cari balik mana iman ku, mana tuhanku, muhasabah diri. i guess itu yang penting.                   

No comments:

Post a Comment